Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Latihan ketenteraan sekitar Semenanjung Taiwan 'wajar dan adil', tegas China

Anggaran Waktu Membaca:
Latihan ketenteraan sekitar Semenanjung Taiwan 'wajar dan adil', tegas China

(Gambar: Noel Celis/AFP)

Diterbitkan : 03 Aug 2022 06:46PM Dikemas Kini : 03 Aug 2022 06:46PM

BEIJING: China pada Rabu (3 Ogos) menegaskan bahawa latihan ketenteraan di sekitar Semenanjung Taiwan "wajar dan adil" sedang Speaker Rumah Putih Nancy Pelosi mengadakab ke pulau tersebut. 

"Latihan ketenteraan China di lautan berdekatan Taiwan adalah langkah yang wajar dan adil untuk melindungi kedaulatan negara," kata jurucakap kementerian luar Hua Chunying sewaktu satu taklimat. 

"Dalam pergelutan berhubung kait lawatan Pelosi ke Taiwan, Amerika Syarikat yang memulakannya, China adalah mangsa. Provokasi bersama AS dan Taiwan datang terlebih dahulu, pertahanan adil China ini hanya menyusulinya," tambahnya. 

Para pemimpin China meluahkan kemarahan terhadap lawatan Cik Pelsoi ke Taiwan, menggambarkannya sebagai mengancam status kuo yang rapuh. 

Dalam responsnya, China mengumumkan beberapa latihan tembakan ketenteraan sekitar Taiwan, dengan Markas Timur Tentera Laut China menekankan bahawa "latihan udara dan laut akan dilaksanakan di laut dan ruang udara utara, barat daya dan tenggara" di pulau berkenaan. 

Ia juga akan memulakan latihan tembakan ketenteraan pada Khamis (4 Ogos) di zon-zon keliling Taiwan - di beberapa tempat dalam jarak 20 kilometer dari pantai pulau tersebut. 

Latihan berkenaan termasuk "tembakan meriam jarak jauh" di Semenanjung Taiwan, yang memisahkan pulau itu daripada tanah besar China, di mana terletaknya laluan penting perkapalan. 

Kementerian pertahanan Taipei mengeluarkan amaran bahawa rancangan tersebut mengancam kawasan bandar dan pelabuhan utama. 

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa