Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Latihan amali tidur 9 jam untuk 100 hari; syarikat di India beri 'gaji' lebih S$1,900

Sebuah syarikat pemula berpangkalan di Bengaluru, India, menawarkan ganjaran 1 lakh Rupee (S$1,900) kepada "intern" atau mereka yang menjalani latihan amali hanya untuk tidur sembilan jam buat 100 hari!

Anggaran Waktu Membaca:
Latihan amali tidur 9 jam untuk 100 hari; syarikat di India beri 'gaji' lebih S$1,900
Diterbitkan : 14 Dec 2019 09:35PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 09:36PM

NEW DELHI: Sebuah syarikat pemula berpangkalan di Bengaluru, India, menawarkan ganjaran 1 lakh Rupee (S$1,900) kepada "intern" atau mereka yang menjalani latihan amali hanya untuk tidur sembilan jam buat 100 hari!

Wakefit Innovations Pvt. Ltd. mengadakan satu 'latihan amali tidur' untuk memantau corak tidur orang ramai. Bahkan, menurut laman web syarikat itu, kod pakaian untuk pekerjaan itu adalah sepasang baju tidur.

Latihan amali tidur adalah satu percubaan untuk mengembalikan semula tumpuan kepada kesihatan semasa beradu. Ia juga "adalah satu lagi langkah ke arah menjadikan tidur sebahagian penting dalam mengekalkan keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan kita", pengarah dan pengasas bersama Wakefit, Chaitanya Ramalingegowda, memberitahu Business Insider.

Intern dikehendaki tidur di atas tilam yang disediakan syarikat berkenaan selama sembilan jam untuk 100 hari dan tujuh malam seminggu di rumah mereka sendiri.

Corak tidur mereka kemudian akan dipantau menerusi sebuah peranti mengesan tidur sebelum dan selepas menggunakan tilam itu.

Terdapat satu sahaja permintaan utama: Intern tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer riba semasa waktu 'bekerja' mereka.

Di akhir 100 hari setelah menyelesaikan tugasan dengan betul, intern terpilih akan menerima wang tunai 1 lakh Rupee.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan