Larangan import beras Indonesia dilapor bantu turunkan harga beras global
Larangan import beras oleh Indonesia menyumbang kepada penurunan harga beras global, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Makanan Indonesia, Zulkifli Hasan, pada Selasa (16 Dis) lapor agensi berita ANTARA.
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Larangan import beras oleh Indonesia menyumbang kepada penurunan harga beras global, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Makanan Indonesia, Zulkifli Hasan, pada Selasa (16 Dis) lapor agensi berita ANTARA.
"Ketika saya berkhidmat sebagai menteri perdagangan, harga beras global berada pada paras AS$650 (S$837.92) bagi satu tan. Selepas kami melaksanakan larangan import, harga turun kepada bawah AS$400 (S$515.68). Dasar kami memberi kesan di peringkat global," kata Encik Hasan.
Beliau berkata Indonesia sebelum ini antara pengimport beras terbesar dunia, namun kini mengubah dasar dengan meningkatkan pengeluaran domestik di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Encik Zulkifli memaklumkan bahawa Indonesia mengimport 4.5 juta tan beras tahun lalu, manakala pada 2025 negara itu mencatat lebihan sebanyak 4.7 juta tan.
Syarikat logistik milik pemerintah, Bulog, kini menyimpan kira-kira 3.7 juta tan beras dalam stok.
Data daripada Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Makanan menunjukkan pengeluaran beras nasional mencecah 34.77 juta tan tahun ini, meningkat 13.54 peratus berbanding tahun lalu.
Kementerian itu turut mencatatkan pengeluaran jagung sebanyak 16.55 juta tan tahun ini, meningkat 9.34 peratus berbanding 2024.
Encik Zulkifli mengaitkan peningkatan itu kerana peraturan yang disesuaikan, khususnya dalam perolehan dan pengagihan baja bersubsidi, yang membolehkan petani menerima bekalan mengikut jadual penanaman.
"Petani kini boleh menerima baja sebelum musim penanaman. Ini memberi kesan besar kepada pengeluaran beras negara," katanya.
Indonesia dijangka mencapai tahap sara diri beras pada awal 2026, kata Encik Zulkifli.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.