Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS larang penjualan peralatan telekomunikasi Huawei, ZTE atas risiko keselamatan

Anggaran Waktu Membaca:
AS larang penjualan peralatan telekomunikasi Huawei, ZTE atas risiko keselamatan

(Gambar: Jade Gao/AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2022 02:11PM Dikemas Kini : 26 Nov 2022 02:11PM

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melarang sebarang kelulusan bagi peralatan telekomunikasi baru daripada syarikat-syarikat Huawei Technologies dan ZTE dari China kerana ia menimbulkan "risiko yang tidak boleh diterima" terhadap keselamatan nasional AS. 

Suruhanjaya Perhubungan Persekutuan (FCC) AS pada Jumaat (25 Nov) menyatakan ia sudahpun menguatkuasakan peraturan yang dimuktamadkan itu. Ia turut melarang penjualan atau mengimport peralatan yang dikeluarkan pembuat peralatan pengawasan video China, Dahua Technology dan Hangzhou Hikvision Digital Technology, serta dan firma telekomunikasi Hytera Communications.

Langkah tersebut merupakan tindakan keras terbaru Washington terhadap gergasi-gergasi teknologi China di tengah-tengah kebimbangan bahawa Beijing mungkin menggunakan syarikat-syarikat teknologi China untuk mengintip rakyat AS. 

"Peraturan-peraturan baru itu penting dalam tindakan berterusan kami untuk melindungi rakyat Amerika daripada ancaman keselamatan nasional melibatkan telekomunikasi," kata Pengerusi FCC Jessica Rosenworcel dalam satu kenyataan. 

Huawei bagaimanapun enggan untuk mengulas perkara itu manakala ZTE, Dahua, Hikvision dan Hytera tidak segera membalas permintaan untuk memberi komen. 

Cik Rosenworcel mengongsikan langkah-langkah yang diusulkan itu, yang secara berkesan menghalang firma-firma daripada menjual peralatan baru di AS, kepada tiga lagi pesuruhjaya lain untuk mendapatkan kelulusan muktamad bulan lalu.

Kesemua empat suruhanjaya di agensi tersebut, termasuk dua Republican dan dua Democrat, menyokong langkah yang diumumkan pada Jumaat (25 Nov) itu. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa