Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laporan siasatan kebakaran Wisma Jakel dijangka siap sebelum hujung Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan siasatan kebakaran Wisma Jakel dijangka siap sebelum hujung Jan

(Gambar: Facebook/KPKT Malaysia)

SHAH ALAM: Laporan siasatan kes kebakaran di Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, dijangka siap selewat-lewatnya pada hujung bulan Januari, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis.

Katanya laporan itu meliputi hasil analisis sampel kebakaran yang diambil di setiap sudut bangunan berkenaan serta dokumen daripada pihak Jakel sendiri.

Selain itu katanya, pihak bomba juga akan menyiasat tentang dakwaan beberapa bahagian dalam wisma berkenaan yang diubah suai tanpa mendapat sijil perakuan bomba (FC) untuk dimasukkan dalam laporan berkenaan.

"Bangunan tersebut mempunyai FC pada peringkat awal, tapi saya akan semak semula dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan siasat secara mendalam."

"Jika ada perubahan (pengubahsuaian) mungkin ia masih dalam proses permohonan kerana tempoh pandemik COVID-19 selama dua tahun sebelum ini dan kemungkinan permohonan itu tergantung, tapi semua blok itu ada FC,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas Majlis Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohammad Hamdan Wahid ke JBPM Negeri Selangor dan Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba di Ibu Pejabat JBPM Selangor pada Jumaat (13 Jan).

Sementara itu, Encik Norazam turut memaklumkan bangunan berkenaan masih selamat untuk diduduki dan digunakan semula kerana tempoh kebakaran yang tidak lama dan hanya melibatkan kemusnahan fabrik.

"(Namun) mungkin pihak Jakel perlu mencari pihak tertentu untuk mengukur tahap ketahanan bangunan tersebut. Tapi setakat ini, wisma itu tiada masalah (untuk digunakan semula)," katanya.

Media melaporkan gedung tekstil terkemuka itu terbakar sebanyak dua kali pada 1 dan 3 Januari lalu membabitkan anggaran kerugian hampir RM100 juta (S$35 juta).
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan