Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laporan PBB: Perubahan iklim semakin cepat berlaku, lebih buruk

Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia PBB memberi amaran, perubahan iklim semakin cepat berlaku dan pada kadar yang lebih buruk daripada yang diramalkan sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Sep 2019 07:34PM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 09:39PM

NEW YORK: Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia PBB memberi amaran, perubahan iklim semakin cepat berlaku dan pada kadar yang lebih buruk daripada yang diramalkan sebelum ini.

Ia telah mengeluarkan laporan sains yang menunjukkan keadaan bumi yang semakin panas, kenaikan paras air laut dan pencemaran karbon sejak beberapa tahun lalu.

Laporan itu dikeluarkan menjelang Sidang Puncak Iklim PBB yang bermula malam ini (23 Sept) di New York, Amerika Syarikat.

Dapatan-dapatan dalam laporan tersebut menunjukkan suhu sejagat telah naik 1.1 darjah Selsius sejak sebelum zaman perusahaan dengan kenaikan 0.2 darjah Selsius dicatatkan dalam tempoh hanya empat tahun antara 2011 hingga 2015.

Laporan "Cuaca Dunia 2015-2019" yang sama turut menyarankan perlunya usaha mengurangkan pengeluaran gas karbon ditingkatkan tiga kali ganda, untuk mengekang kenaikan suhu bumi.

Para saintis juga menarik perhatian tentang perlunya tindakan segera kerana paras air laut didapati telah naik 5 milimeter setahun, sejak lima tahun lalu.

Tahun-tahun 2015 hingga 2019 juga dicatatkan sebagai lima tahun paling panas. 

Sumber : AFP/AA/HA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan