Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laporan PBB dedah penggunaan dadah global semakin meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Bilangan pengguna dadah global telah meningkat hampir satu perempat dalam tempoh sedekad, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) di Vienna dalam laporannya yang dikeluarkan pada Ahad (25 Jun) turut menyuarakan kebimbangan mengenai penyebaran dadah sintetik serta kawasan bermasalah seperti Ukraine dan Afghanistan.

Pada 2011 hingga 2021, jumlah pengguna dadah meningkat daripada anggaran 240 juta kepada 296 juta, iaitu peningkatan sebanyak 23 peratus, lapor Agensi Anadolu.

Menurut UNODC, kira-kira separuh daripada peningkatan tersebut disebabkan oleh pertumbuhan penduduk dunia.

Jumlah orang yang mengalami ketagihan dadah atau penyakit meningkat 45 peratus kepada 39.5 juta dalam tempoh itu.

UNODC memberi amaran tentang percambahan dadah seperti methamphetamine, amphetamine, fentanyl dan banyak bahan baru dibangunkan di pasaran.

"Pengeluaran ubat sintetik murah, mudah dan cepat," dedah UNODC.

Sektor perniagaan narkotik yang sangat fleksibel itu menyukarkan pihak berkuasa mengesan kerana tidak seperti kokain dan heroin, ia tidak terikat dengan kawasan pertumbuhan dan kitaran pertumbuhan tertentu.

Oleh itu UNODC memantau keadaan di Ukraine khususnya lokasi 79 makmal amphetamine, jumlah tertinggi di dunia, sudah ditutup oleh pihak berkuasa pada tahun sebelum perang bermula, katanya.

Sejak pencerobohan Rusia pada awal 2022, jumlah rampasan dadah sintetik di Ukraine meningkat, manakala pasaran untuk bahan tersebut di negara jiran berkembang disebabkan kesan akibat perang, kata Ketua Penganalisis UNODC Angela Me.

Di Afghanistan, UNODC melihat tanda-tanda penurunan dalam pengeluaran candu di bawah pemerintahan Taliban.

Namun pakar dadah PBB menegaskan bahawa Afghanistan bukan sahaja pengeksport utama candu dunia dan komoditi heroin, bahkan sudah menjadi pengeluar utama methamphetamine.

“Badan pemantau dadah PBB juga bimbang tentang pertumbuhan berterusan pasaran kokain yang menyaksikan pasaran global dengan permintaan menjurus kepada lebih banyak bekalan dan bekalan membawa kepada lebih banyak permintaan," kata Me.

Sejumlah 2,300 tan metrik kokain dihasilkan pada 2021, tambahnya.

Bagaimanapun, opioid, opiat semula jadi dan varian tiruannya serta ganja terus menyumbang kepada kebanyakan kes ketagihan dan penyakit, menurut UNODC, dengan hampir 70 peratus daripada 128,000 kematian akibat dadah pada 2019 disebabkan penggunaan opioid, menurut laporan itu.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan