Laporan dedah 5.5 juta Muslim di Jerman terdedah kepada isu perkauman
Anggaran Waktu Membaca:

Masjid di Berlin. (Gambar: Markus Schreiber/AP)
BERLIN: Satu laporan baru mendedahkan penduduk Islam di Jerman sering berdepan diskriminasi berbentuk perkauman, kebencian dan ada kalanya keganasan sehingga ia menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.
Laporan itu dibentangkan di Kementerian Dalam Negeri di Berlin, baru-baru ini.
Pertubuhan Independent Group of Experts on Muslim Hostility menjalankan kajian selama tiga tahun untuk menyiapkan laporan menyeluruh tentang diskriminasi membabitkan 5.5 juta penduduk Islam di negara itu.
Kumpulan tersebut menganalisis kajian saintifik, statistik jenayah polis dan laporan insiden anti-Islam yang direkodkan oleh pusat kaunseling dan pertubuhan-pertubuhan bukan pemerintah.
Laporan itu menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya sepertiga penduduk Islam di Jerman pernah berdepan sikap anti-Muslim.
Bagaimanapun, pakar-pakar menarik perhatian bahawa angka sebenar kes Islamofobia mungkin jauh lebih tinggi. Ini memandangkan hanya 10 peratus penduduk Islam tampil melaporkan kes perkauman dan kebencian yang dihadapi.
"Masyarakat Islam sebahagian daripada Jerman dan ini memang dijangkakan," kata Menteri Dalam Negeri Nancy Faeser menerusi satu kenyataan. "Ini membuat dapatan tentang permusuhan terhadap mereka sangat menyedihkan."
“(Mereka) berdepan diskriminasi dan penyisihan dalam kehidupan seharian sehingga turut berdepan kebencian dan keganasan," tambahnya.
“Ini perlu diketahui umum untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai masalah diskriminasi yang masih berleluasa,” ulas Cik Nancy lagi.
Masyarakat Islam di Jerman tidak hanya terdedah kepada isu perkauman tetapi turut berdepan streotaip harian sejak kecil hingga usia lanjut, kata pakar-pakar lagi.
Mereka mendapati stereotaip negatif yang wujud terhadap penduduk Islam termasuk tanggapan bahawa mereka "mundur dan berbahaya".
Streotaip seperti itu mengakibatkan penduduk Islam berdepan diskriminasi dan tersisih daripada masyarakat yang sering menyifatkan golongan itu sebagai "orang luar" walaupun kira-kira 50 peratus warga itu mempunyai kerakyatan Jerman.
Masyarakat Muslim di Jerman sebenarnya rencam, dengan sebahagian besar daripada mereka mempunyai asal-usul dari Turki. Yang lain berasal dari negara-negara Arab seperti Maghribi atau Lubnan.
Ramai dalam kalangan mereka datang ke Jerman Barat lebih 60 tahun lalu di mana mereka diambil bekerja sebagai "pekerja jemputan" untuk membantu memajukan ekonomi negara itu.
Sekitar 19 juta orang, atau 23 peratus penduduk Jerman hari ini, sama ada berhijrah ke sana sejak 1950, atau merupakan anak pendatang - yang tidak sahaja dari negara-negara Islam tetapi juga negara lain seperti Poland, Romania atau negara-negara Afrika atau Asia.
Para penyelidik mendapati sikap benci terhadap penduduk Islam wujud dalam hampir setiap aspek kehidupan - dari di sekolah sehinggalah dalam di tempat kerja, politik dan media sosial.
Salah seorang penulis kajian, Karima Benbrahim berkata, semua pihak termasuk masyarakat dan institusi berkaitan perlu memainkan peranan dalam menangani masalah itu.
“Sikap permusuhan terhadap umat Islam mempunyai kesan terhadap semua pihak di negara ini dan bukan hanya golongan Islam sahaja,” katanya.
Seorang lagi pengkaji, Kai Hafez dari Universiti Erfurt menegaskan sifat perkauman terhadap orang Islam bukan sahaja berleluasa dalam kalangan golongan atasan sahaja.
Malah, katanya, golongan kelas pertengahan juga perlu menyingkirkan streotaip terhadap umat Islam.
“Sudah tiba masanya untuk memperkenalkan reformasi antiperkauman di Jerman,” kata Encik Hafez.

Sumber : AP/AQ.aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.