Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laporan 'damage control' M'sia dikeluarkan tahun depan - Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata laporan penuh mengenai “damage control” yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih pentadbiran negara akan dikeluarkan tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan 'damage control' M'sia dikeluarkan tahun depan - Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: Lillian Suwanrumpha/AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2018 08:42AM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 08:44AM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata laporan penuh mengenai “damage control” yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih pentadbiran negara akan dikeluarkan tahun depan.

Menurutnya laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil tindakan oleh kerajaan sekarang dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.

"Kita nak tengok hasil tindakan yang diambil oleh kerajaan; kedua-duanya – berhubung hutang yang besar yang perlu kita tanggung, dan juga penstrukturan semula pentadbiran kerajaan.

"Laporan itu akan disediakan oleh kami (kerajaan) dan akan dikeluarkan tahun depan,” kata Dr Mahathir kepada para wartawan selepas menghadiri jamuan malam Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada Ahad (25 Nov).

Turut hadir, isteri beliau Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan presiden persatuan itu Encik Sallehuddin Mohamed.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan