Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laporan dakwa vaksin COVID-19 jejas kesuburan 'maklumat salah'

Pengarah Institut Nasional Amerika Syarikat (AS) bagi Alahan dan Penyakit Berjangkit Antony Fauci berkata, laporan mengenai kesan negatif vaksin COVID-19 terhadap kesuburan adalah maklumat yang salah.

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan dakwa vaksin COVID-19 jejas kesuburan 'maklumat salah'

Vaksin Comirnaty buatan Pfizer/BioNTech. (Gambar fail: AFP)

WASHINGTON: Pengarah Institut Nasional Amerika Syarikat (AS) bagi Alahan dan Penyakit Berjangkit Antony Fauci berkata, laporan mengenai kesan negatif vaksin COVID-19 terhadap kesuburan adalah maklumat yang salah.

"Data baru dan kajian terdahulu menunjukkan bahawa vaksinasi COVID-19 tidak memberi kesan negatif kepada kesuburan. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dan pertubuhan perubatan profesional menekankan bahawa tidak ada bukti bahawa vaksinasi menjejaskan kesuburan," kata Fauci dalam satu taklimat media maya pada Rabu (2 Feb), menurut Sputnik.

Beliau juga berkata, tanggapan salah yang lazim mengenai dakwaan kesan negatif terhadap kesuburan timbul akibat maklumat yang salah, tambahnya.

Bagaimanapun, Fauci akur bahawa jangkitan COVID-19 mengurangkan kesuburan lelaki.

Masalah itu adalah sementara dan berkaitan dengan penyakit itu sendiri, bukan disebabkan vaksinasi, katanya.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan