Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laporan 1MDB bukan lagi rahsia, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sudahpun mengarahkan polis untuk tidak lagi meletakkan laporan audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), menurut Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan 1MDB bukan lagi rahsia, kata Dr Mahathir

Papan tanda 1MDB di Kuala Lumpur. (Gambar fail: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 12 May 2018 06:09PM Dikemas Kini : 12 May 2018 06:11PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sudahpun mengarahkan polis untuk tidak lagi meletakkan laporan audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), menurut Malaysiakini.

"Mereka kemudian akan menghantar laporan itu kepada saya dan saya akan menelitinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini (12 Mei).

Laporan audit 1MDB itu dibentangkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) di Parlimen pada April 2016.

Namun Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengklasifikasikan laporan itu di bawah OSA.

Laporan itu juga tidak pernah dibahaskan di Parlimen.

Laman Sarawak Report bagaimanapun pada Julai 2016 mendedahkan apa yang didakwa sebagai salinan laporan tersebut.

Sumber : Agensi berita/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan