Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi

Anggaran Waktu Membaca:
IBU KOTA NUSANTARA: Presiden Indonesia Joko Widodo mendarat buat pertama kali di lapangan terbang baharu yang terletak di Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur, pada Selasa (24 Sep).

Encik Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.

Lapangan Terbang Nusantara di IKN itu dijangka beroperasi tidak lama lagi.

Pembinaan fasa pertama landasan sepanjang 2,200 meter di lapangan terbang itu sudah siap, walaupun asalnya ia dijangka siap sebelum 17 Ogos lalu.

Ia tertunda akibat hujan lebat di IKN.

Encik Jokowi sebelum ini dilaporkan akan mula bertugas di IKN selama 40 hari bermula 10 September sehingga 19 Oktober ini.

Beliau selepas itu akan digantikan dengan Encik Prabowo Subianto, yang menang Pilihan Raya Presiden Indonesia dan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan