Lapangan Terbang Newark sambung semula operasi setelah terjejas akibat dron
Sebuah dron menjejas trafik udara di lapangan terbang Newark, salah sebuah hab trafik udara terbesar di New York.
Lapangan Terbang Newark. (Gambar: Kena Betancur/AFP)
WASHINGTON: Sebuah dron menjejas trafik udara di lapangan terbang Newark, salah sebuah hab trafik udara terbesar di New York.
Bagaimanapun, tiada lagi dron dikesan dan ketibaan penerbangan dibenarkan semula setelah digantung buat "seketika".
Pihak penguasa penerbangan sudah mengarahkan penggantungan penerbangan-penerbangan lain yang menuju ke Newark sehingga semua penerbangan sebelumnya selesai diuruskan.
Semakin banyak penerbangan terjejas akibat dron sejak beberapa minggu ini.
Pada Disember, lapangan terbang Gatwick di London tidak dapat beroperasi selama 36 jam setelah sebuah dron dikesan di kawasan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.