Skip to main content

Dunia

Lapangan Terbang Nasional Reagan ditutup; operasi cari mangsa nahas American Airlines diteruskan

Lapangan Terbang Nasional Reagan di Washington akan terus ditutup sekurang-kurangnya sehingga pukul 11.00 pagi waktu tempatan pada Khamis (30 Jan) setelah operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat American Airlines diteruskan sepanjang malam dalam keadaan cuaca buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan Terbang Nasional Reagan ditutup; operasi cari mangsa nahas American Airlines diteruskan
Diterbitkan : 30 Jan 2025 11:33PM Dikemas Kini : 30 Jan 2025 11:34PM
WASHINGTON: Lapangan Terbang Nasional Reagan di Washington akan terus ditutup sekurang-kurangnya sehingga pukul 11.00 pagi waktu tempatan pada Khamis (30 Jan) setelah operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat American Airlines diteruskan sepanjang malam dalam keadaan cuaca buruk.

Demikian didedahkan oleh seorang pegawai di satu sidang media pada awal Khamis (30 Jan).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Metropolitan Washington Jack Potter berkata penutupan itu hanya melibatkan Lapangan Terbang Nasional Reagan, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan D.C. John Donnelly memaklumkan kepada wartawan bahawa seramai 300 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi persekutuan dan negeri terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

"Ia merupakan operasi yang sangat kompleks. Keadaan di lokasi amat mencabar bagi pasukan penyelamat. Suhu sejuk dan angin kencang di sungai menyukarkan usaha mereka," katanya.

Bagaimanapun, pegawai di taklimat itu tidak memberikan maklumat lanjut mengenai jumlah mayat yang telah ditemui di Sungai Potomac. Setakat ini, tiada mangsa terselamat ditemui.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan beliau telah menerima taklimat penuh mengenai insiden itu dan sedang memantau keadaan sebelum memberikan maklumat lanjut.

Dalam catatan di wadah Truth Social, Encik Trump menyifatkan nahas itu sebagai "situasi buruk yang sepatutnya dapat dielakkan."
Sumber : Bernama/AT/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita