Lapangan Terbang Manado ditutup hingga Isnin akibat letusan Gunung Ruang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Ronny Adolof BUOL)
MANADO: Pengendali syarikat lapangan terbang Indonesia PT Angkasa Pura I di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi, Manado, Sulawaesi Utara, melanjutkan penangguhan penerbangan sehingga Isnin (22 Apr), akibat abu daripada Gunung Ruang yang meletus.
"Gunung Ruang terus meletus dan kami harus menangguhkan semua penerbangan masuk dan keluar dari Manado," kata Pengurus Am Lapangan Terbang Sam Ratulangi, Maya Damayantisaid pada Ahad (21 Apr).
Notis kepada Pegawai Udara (NOTAM) mengesahkan penangguhan sementara lapangan terbang tersebut yang akan berlangsung sehingga Isnin, pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan, tambah Cik Damayantisaid.
Sementara itu, jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi, Yanti Pramono, berkata keputusan untuk menangguhkan sebarang penerbangan dibuat sejak keadaan di sekeliling tidak selamat bagi kegiatan penerbangan.
Oleh itu, Cik Pramono mengingatkan para penumpang dan orang awam untuk mematuhi arahan tersebut atas sebab keselamatan.
Menurutnya, abu gunung berapi berbahaya dan boleh merosakkan enjin pesawat, sekali gus meningkatkan risiko keselamatan penerbangan.

Setakat Sabtu (20 Apr), seramai 527 penduduk sudah dipindahkan ke Bitung, 51 kilometer daripada Manado.
Ini selepas Tentera Laut Indonesia memindahkan kumpulan pertama dan kedua pada Khamis (18 Apr) dan Jumaat (19 Apr).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.