Skip to main content

Dunia

Lapangan Terbang Jeddah mula tawar khidmat bas ulang alik percuma ke Masjidil Haram

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Pihak berkuasa Arab Saudi melancarkan khidmat bas ulang alik secara percuma untuk para jemaah umrah.

Khidmat baru itu akan membawa jemaah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah ke Masjidil Haram di Makkah, umum lapangan terbang berkenaan di Twitter. 

Khidmat tersebut akan ditawarkan kepada sesiapa saja yang memakai pakaian ihram, lapor Saudi Gazette. 

Seseorang juga hanya perlu menunjukkan kad pengenalan Saudi untuk rakyat tempatan dan pasport untuk rakyat asing.

Khidmat bas percuma itu akan meninggalkan lapangan terbang di Jeddah setiap dua jam, mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Perjalanan dari Masjidil Haram ke lapangan terbang Jeddah pula akan bermula dari pukul 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam.

Sumber : Agensi berita/AA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita