Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lapangan terbang Jeddah huru-hara, sesak gara-gara terlalu ramai penumpang tiba 12 jam awal

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan terbang Jeddah huru-hara, sesak gara-gara terlalu ramai penumpang tiba 12 jam awal

Gambar: Agensi berita/ Saudi Gazette

JEDDAH: Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada Selasa (3 Mei) menyaksikan keadaan huru-hara dengan bilangan besar penumpang yang akan berlepas dari negara itu tiba awal sebelum penerbangan yang dijadualkan.

Ini menyebabkan kesesakan dek jumlah orang ramai melebihi kapasiti.

Kesesakan itu berlaku selepas ketibaan para jemaah yang bakal berlepas darei negara tersebut tetapi datang terlalu awal sebelum waktu penerbangan mereka. Mereka memilih untuk mencangkung di atas lantai di ruang-ruang istirehat dan tempat letak kereta kerana kekurngan tempat duduk, lapor Saudi Gazette.

Selain itu, bilangan pelawat sempena musim cuti turut memburukkan keadaan orang ramai beratur panjang di kaunter pemeriksaan dan troli-troli yang melimpah ruah dengan bagasi menyukarkan laluan di dalam lapangan terbang tersebut.

Menurut rencana Saudi Gazette itu lagi, para pegawai menyalahkan syarikat Tawafah atas kesesakan tersebut kerana membawa jemaah mereka ke lapangan terbang sekurang-kurangnya 12 jam sebelum waktu penerbangan.

Walaupun pentadbiran lapangan terbang itu bekerja sepanjang masa untuk melegakan kesesakan tersebut dengan segala usaha untuk mengembalikan ketenteraman di lapangan terbang, namun ia mengambil masa. Sekalipun demikian, mereka memberi jaminan bahawa semua penerbangan akan berlepas tepat pada masanya.

"Punca utama di sebalik bilangan jemaah yang sangat banyak di lapangan terbang adalah kerana kurangnya komitmen daripada pihak syarikat Haji terhadap jadual penerbangan," kata seorang pegawai.

Kementerian Haji dan Umrah sudah memberi amaran kepada syarikat-syarikat yang menghantar jemaah mereka 12 jam sebelum waktu berlepas. Kementerian berkenaan akan mengenakan denda yang ketat ke atas syarikat-syarikat yang melanggar peraturan serta mengenakan langkah-langkah untuk melarang operasi selama setahun, lapor Saudi Gazette.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan