Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lapangan terbang Jeddah benarkan jemaah Haji bawa pulang air Zamzam

Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz (KAIA) di Jeddah mengumumkan ia kini membenarkan jemaah haji, yang pulang ke negara masing-masing, untuk membawa air Zamzam menaiki pesawat antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan terbang Jeddah benarkan jemaah Haji bawa pulang air Zamzam

Gambar dipetik pada 15 Jun 2021 menunjukkan sebuah robot bijak digunakan buat kali pertama di Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi, untuk membekalkan para jemaah dengan botol air Zamzam. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jul 2022 03:06PM Dikemas Kini : 11 Jul 2022 03:25PM

JEDDAH: Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz (KAIA) di Jeddah mengumumkan ia kini membenarkan jemaah haji, yang pulang ke negara masing-masing, untuk membawa air Zamzam menaiki pesawat antarabangsa.

KAIA menarik perhatian bahawa jemaah haji dibenarkan untuk membeli  hanya satu botol air Zamzam 5 liter menerusi salah satu tempat penjualan di premis lapangan terbang itu, lapor Saudi Gazette. 

Penguasa lapangan terbang menjelaskan ia memperuntukkan laluan yang berasingan bagi air Zamzam dan penumpang tidak dibenarkan membawa air Zamzam di dalam bagasi yang didaftarkan ke dalam pesawat.

Penguasa itu juga memberi amaran bahawa, dalam fasa akan datang, lapangan terbang tersebut bersedia untuk menyiarkan lebih banyak mesej kesedaran serta pendidikan menerusi semua wadah media sosialnya selain bagi menyebarkan maklumat itu dalam kalangan jemaah di tempat penginapan mereka di Makkah. 

Melalui inisiatif itu, lapor Saudi Gazette, KAIA ingin menyampaikan maklumat kepada jemaah haji berhubung semua arahan  berkaitan dengan pengurusan dan penghantaran bagasi di lapangan terbang.

Penguasa lapangan terbang itu juga menyatakan ia akan menerbitkan maklumat itu menerusi akhbar dan akhbar digital serta wadah media sosial selain melalui kiriman mesej mengenai penghantaran bagasi bersama-sama dengan tips penting berkaitannya. Ia juga akan menyebarkan mesej kesedaran tentang penghantaran air Zamzam.

KAIA menekankan ia akan menterjemahkan kandungan maklumat serta mesej kesedaran bagi memastikan maklumat tersebut disampaikan kepada semua jemaah haji dari negara-negara berbeza.

KAIA sudahpun melancarkan sebuah kempen kesedaran sebagai sebahagian daripada inisiatif “Your service is our honor”, yang dilancarkan oleh Airports Holding Company di semua lapangan terbang Saudi, sempena musim Haji dan cuti musim panas ini.

Kempen yang dilancarkan oleh KAIA termasuk beberapa mesej kesedaran dan pendidikan tentang cara untuk memudahkan penghantaran bagasi semasa penerbangan pulang. 

Ia menyatakan bahawa adalah penting untuk memastikan berat bagasi menepati berat yang dibenarkan seperti tertera pada tiket perjalanan dan tidak menyimpan sebarang cecair di dalamnya atau mengikat bagasi dengan tali yang boleh mengganggu penghantaran bagasi. 
 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan