Skip to main content

Dunia

Lapangan Terbang Istanbul pertama di Eropah laksana operasi tiga landasan serentak

Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Lapangan Terbang Istanbul kini adalah yang pertama di Eropah dan kedua di dunia untuk melaksanakan operasi di tiga landasan secara serentak.

Ia satu pencapaian yang disifatkan sebagai detik penting dalam sejarah penerbangan global.

Sistem baharu yang bermula pada Khamis (17 Apr) membolehkan tiga pesawat berlepas atau mendarat secara serentak di landasan yang bebas sepenuhnya - iaitu sesuatu yang sebelum ini hanya dilaksanakan di Amerika Syarikat.

“Ini bukan sahaja pencapaian pertama untuk Turki, malah juga bagi penerbangan Eropah, dan merupakan titik perubahan dalam dunia penerbangan.

“Selepas Amerika, Turki menjadi satu-satunya negara yang melaksanakan sistem ini,” kata Menteri Pengangkutan Turki Abdulkadir Uraloglu pada majlis pelancaran di Lapangan Terbang Istanbul.

Beliau menyifatkan lapangan terbang itu sebagai projek kebangsaan yang berwawasan dan menarik perhatian antarabangsa sejak ia dibuka pada 29 Okt 2018.

“Dengan keupayaan menampung 90 juta penumpang setahun, Lapangan Terbang Istanbul telah meningkatkan kedudukan Turki ke barisan hadapan penerbangan global.

“Struktur moden ini yang menerima jutaan penumpang telah menyerlahkan kekuatan ekonomi dan budaya Turki di peringkat dunia serta menjadikannya antara pemain utama dalam sektor penerbangan,” katanya.
 
Sumber : Bernama/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita