Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lapangan Terbang Heathrow arah syarikat penerbangan henti jual tiket musim panas

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan Terbang Heathrow arah syarikat penerbangan henti jual tiket musim panas

Syarikat penerbangan British Airways membatalkan 78 penerbangan yang dijadual berlepas atau mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London pada 6 Jul 2022 disebabkan kekurangan pekerja. (Gambar: Justin Tallis/AFP)

LONDON: Lapangan Terbang Heathrow di London pada Selasa (12 Jul) meminta syarikat penerbangan agar menghentikan penjualan tiket penerbangan musim panas berikutan kadar kepadatan penumpang yang terlalu tinggi.

Jumlah penumpang yang berlepas dari hab penerbangan itu dihadkan kepada 100,000 setiap hari untuk mengurangkan barisan panjang orang beratur, kelengahan beg dan pembatalan penerbangan.

Lapangan terbang paling sibuk di Britain itu sedang bergelut menangani permintaan yang kembali meningkat selepas pandemik. 

Lapangan Terbang Heathrow menerima sekitar 110,000 hingga 125,000 penumpang setiap hari pada Julai dan Ogos 2019.

Syarikat-syarikat penerbangan sudah mengambil tindakan menyusuli gesaan kerajaan untuk mengurangkan kapasiti, namun lapangan terbang itu menyatakan mereka perlu mengambil tindakan yang lebih ketara.

"Sesetengah syarikat penerbangan sudah mengambil tindakan ketara, namun yang lain masih belum. Kami percaya tindakan perlu dipertingkat sekarang untuk memastikan perjalanan yang selamat dan boleh dipercayai bagi penumpang," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) John Holland-Kaye dalam satu surat pada Selasa (12 Jul). 

Tambahnya, faktor bilangan penumpang yang melebihi had telah menjejaskan operasi selain turut memberi kesan terhadap mutu perkhidmatan.

"Justeru, kami sudahpun membuat keputusan yang sukar untuk memperkenalkan had kapasiti yang akan berkuat kuasa dari 12 Julai hingga 11 September." 

"Kami sedia maklum bahawa ini bermakna cuti musim panas anda akan perlu ditukar kepada hari lain, lapangan terbang lain atau dibatalkan dan kami memohon maaf kepada mereka yang rancangan cutinya terjejas," tambah beliau. 

Sumber : AP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan