Lapangan Terbang Heathrow arah siasatan terhadap insiden bekalan elektrik terputus
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/STR)
LONDON: Lapangan Terbang Heathrow menyambung operasi sepenuhnya pada Sabtu (22 Mac) dan ia mengarahkan siasatan terhadap bagaimana ia menangani insiden gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan hab udara tersibuk di Eropah ditutup selama hampir sehari, sedang syarikat-syarikat penerbangan memberi amaran mengenai penangguhan dan pembatalan lanjut.
British Airways, di mana hab utamanya adalah di Heathrow, menyatakan ia sudah mengendalikan sekitar 90 peratus daripada penerbangan yang dijadualkan pada Sabtu.
Ia menjanjikan jadual penerbangan "hampir penuh" pada Ahad (23 Mac) selepas ketua pegawai eksekutif (CEO) Sean Doyle berkata pada Jumaat (21 Mac) bahawa "kesan ketara" itu dapat dirasakan selama tempoh beberapa hari.
Lapangan Terbang Heathrow, iaitu kelima paling sibuk di dunia, dijadual mengendalikan 1,351 penerbangan dan sehingga 291,000 penumpang pada Jumaat.
Namun satu kebakaran besar di sebuah stesen janakuasa elektrik berhampiran memaksa pesawat-pesawat dilencong ke lapangan terbang lain dan kebanyakan penerbangan jarak jauh kembali ke tempat pelepasannya.
Kementerian Tenaga Britain menyatakan pada Sabtu ia telah menugaskan Pengendali Sistem Tenaga Britain untuk menjalankan siasatan segera terhadap gangguan bekalan elektrik itu yang turut menimbulkan persoalan terhadap daya ketahanan prasarana penting negara itu.
Sementara itu, Lapangan Terbang Heathrow menyatakan ia telah menugaskan seorang anggota lembaga bebas iaitu mantan Menteri Pengangkutan Ruth Kelly supaya menyemak pelan pengurusan krisis lapangan terbang itu dan tindak balasnya kepada insiden tersebut.
Menurut laman web Heathrow, sebahagian besar penerbangan yang dijadual berlepas pada waktu pagi dan awal tengah hari sudah pun berlepas semalam, dengan beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.