Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lapangan Terbang Hamburg sambung operasi selepas bekalan elektrik terputus semalam

Operasi Lapangan Terbang Hamburg di Jerman dapat disambung semula pagi tadi (4 Jun) dengan pesawat pertama dari Turki mendarat pada 6.30 pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan Terbang Hamburg sambung operasi selepas bekalan elektrik terputus semalam

Lapangan Terbang Hamburg. (Gambar: FABIAN BIMMER/REUTERS)

Diterbitkan : 04 Jun 2018 10:00PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 10:04PM

BERLIN, JERMAN: Operasi Lapangan Terbang Hamburg di Jerman dapat disambung semula pagi tadi (4 Jun) dengan pesawat pertama dari Turki mendarat pada 6.30 pagi.

Sebahagian besar operasi lapangan terbang tersebut lumpuh sejak pagi semalam (3 Jun) setelah bekalan elektriknya terputus.

Menurut pihak berkuasa gangguan berkenaan berpunca daripada kejadian litar pintas di tempat pembekal utama tenaga elektrik lapangan terbang ini.

Akibatnya pesawat-pesawat yang dijadualkan tiba atau berlepas mulai 10.00 pagi semalam terpaksa dibatalkan. Dianggarkan lebih 30,000 penumpang terjejas.

Lapangan Terbang Hamburg adalah yang kelima terbesar di Jerman.

Meskipun operasinya sudahpun disambung pagi tadi, sebahagian daripada jadual pesawat mendarat dan berlepas di situ masih terpaksa dibatalkan hari ini.

Sumber : Reuters/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan