Skip to main content

Dunia

Lapangan terbang Damsyik sambung semula operasi penerbangan antarabangsa pada 7 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan terbang Damsyik sambung semula operasi penerbangan antarabangsa pada 7 Jan

Gambar: ANWAR AMRO / AFP

Diterbitkan : 05 Jan 2025 07:38AM Dikemas Kini : 05 Jan 2025 07:47AM
KAHERAH: Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dijadual menyambung semula operasi penerbangan antarabangsa minggu depan, menurut seorang pegawai penerbangan Syria,  laporkan agensi berita Jerman (dpa).

“Kami mengumumkan penyambungan semula penerbangan antarabangsa ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik mulai 7 Januari,” kata Ashhad al-Salibi, Ketua Penguasa Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria, pada Sabtu (4 Jan).

Operasi di lapangan terbang itu digantung bulan lalu selepas kemudahan penerbangan tersebut dijarah dan dirosakkan susulan penggulingan Presiden Syria, Bashar al-Assad, menurut sumber Kementerian Pengangkutan.

Encik Al-Salibi memberitahu agensi berita rasmi Syria, SANA, bahawa pihak berkuasa penerbangan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan di lapangan terbang Damsyik dan bandar utara Aleppo untuk membolehkan penerbangan dari seluruh dunia mendarat.

Awal minggu ini, Qatar Airways mengumumkan akan menyambung semula penerbangan ke Damsyik bermula Selasa.

Penerbangan domestik di lapangan terbang Damsyik telah beroperasi semula pada 18 Disember.

Sejak penggulingan Bashar al-Assad, pemerintah baharu Syria terus berusaha memulihkan keselamatan serta memperbaiki kemudahan negara yang terjejas akibat peperangan selama lebih sedekad.
 
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita