Skip to main content

Dunia

Lapangan terbang Bali dibuka semula, ribuan pelancong terkandas

Bali membuka semula lapangan terbang antarabangsanya pada Jumaat (29 Jun) selepas ledakan gunung berapi menyebabkan penerbangan tergendala dan ribuan pelancong terkandas.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Jun 2018 05:49PM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 11:00PM

DENPASAR: Bali membuka semula lapangan terbang antarabangsanya pada Jumaat (29 Jun) selepas ledakan gunung berapi menyebabkan penerbangan tergendala dan ribuan pelancong terkandas di pulau peranginan Indonesia itu.

Lapangan Terbang Ngurah Rai mula beroperasi kembali sekitar 2.30 petang waktu tempatan, selepas 12 jam ditutup akibat letusan asap Gunung Agung yang menghamburkan asap dan debu ribuan meter ke udara.

Debu daripada letusan membahayakan pesawat kerana menjadikan landasan licin dan boleh termasuk ke dalam enjin.

Perubahan pada arah tiupan angin menolak debu dari lapangan terbang antarabangsa itu, membolehkan penerbangan disambung semula, kata seorang pegawai lapangan terbang.

"Lapangan terbang akan beroperasi selama 24 jam tanpa henti untuk
membolehkan semua penerbangan kembali mengikut jadual,” katanya.

Penutupan awal pagi tadi mengakibatkan lebih 300 penerbangan masuk dan keluar dari Bali dibatalkan dan hampir 27,000 penumpang terjejas, menurut pihak lapangan terbang.

Sekitar 400 penduudk tempatan yang tinggal berhampiran gunung berapi itu - yang terletak sekitar 75 kilometer dari pusat pelancongan Kuta di Bali - dipindahkan ke pusat-pusat perlindungan.

Status amaran diletakkan pada peringkat kedua tertinggi dengan zon larangan diarahkan dalam jarak lingkungan empat kilometer dari Gunung Agung.

Gabenor Bali mengatakan para pegawai sedang berusaha untuk memastikan para pelancong dapat meneruskan perjalanan mereka.

"Kami akan berusaha sedaya upaya mencari huraian agar semua pelancong dapat meneruskan perjalanan," kata Made Mangku Pastika. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita