Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli di bawah kawalan penuh tentera pimpinan Khalifa Haftar
Kumpulan G7 memberi amaran kepada Tentera Kebangsaan Libya (LNA) supaya menghentikan ofensifnya di ibu kota Tripoli atau menghadapi tindakan antarabangsa.
Tentera pimpinan Khalifa Haftar mara ke bahagian selatan ibu kota Tripoli dalam satu tindakan mencabar pemerintah Libya. (Gambar: AFP)
BENGHAZI: Kumpulan G7 memberi amaran kepada Tentera Kebangsaan Libya (LNA) supaya menghentikan ofensifnya di ibu kota Tripoli atau menghadapi tindakan antarabangsa.
Perdana Menteri Libya Fayez al Sarraj, yang diiktiraf Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), juga berikrar untuk mempertahankan Tripoli daripada serangan LNA.
Amaran itu dikeluarkan selepas jurucakap LNA mendakwa pasukan bersenjata itu berjaya menguasai sepenuhnya lapangan terbang antarabangsa Tripoli dan sedang mara ke kawasan selatan pinggir ibu kota tersebut.
Dua hari lalu (5 Apr), Komander LNA, Khalifa Haftar, mengarahkan pasukan tenteranya supaya menumpaskan pemerintah piminan Fayez al Sarraj yang diiktiraf PBB.
LNA disokong sebuah pentadbiran yang berpangkalan di bandar timur Benghazi.
Perebutan kuasa meningkat sejak kebelakangan ini di negara pengeluar minyak itu yang berpecah belah sejak pemimpin Muammar Gaddafi digulingkan pada 2011.
PBB dijangka mengadakan persidangan kebangsaan Libya mengenai pilhan raya yang kemungkinan diadakan pada 14 hingga 16 April ini.
Persidangan tersebut demi mencapai persetujuan bagi strategi hala tuju pilihan raya untuk menyelesaikan ketidakstabilan berlarutan dalam negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.