Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar diisytihar lapangan terbang terbaik di dunia

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA) di Qatar diisytiharkan sebagai "Lapangan Terbang Terbaik di Dunia" buat dua tahun berturut-turut oleh Anugerah Lapangan Terbang Dunia SKYTRAX 2022 yang berprestij.

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar diisytihar lapangan terbang terbaik di dunia

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA) di Qatar. (Gambar: Hamad International Airport/Facebook)

Diterbitkan : 18 Jun 2022 05:39PM Dikemas Kini : 18 Jun 2022 05:42PM
DOHA: Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA) di Qatar diisytiharkan sebagai "Lapangan Terbang Terbaik di Dunia" buat dua tahun berturut-turut oleh Anugerah Lapangan Terbang Dunia SKYTRAX 2022 yang berprestij.

Lapangan terbang tersebut juga mengekalkan gelarannya sebagai "Lapangan Terbang Terbaik di Timur Tengah" selama lapan tahun berturut-turut, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Ketua Pegawai Operasi HIA, Badr Mohammed Al Meer, berkata: "Kami teruja laluan utama Qatar ke dunia sekali lagi dinamakan sebagai lapangan terbang terbaik di dunia bagi Anugerah Lapangan Terbang Dunia SKYTRAX 2022 - sekali gus menambah satu lagi pencapaian penting kepada sejarah HIA.

"Komitmen dan kecemerlangan khidmat kami terus menjadi tanda aras dalam indsutri penerbangan melalui usaha kakitangan serta komitmen dan dedikasi pihak-pihak berkepentingan kami - sedang kami semua memandang ke arah tahun akan datang yang lebih baik lagi."

Rakan lapangan terbang rasmi bagi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 itu menyaksikan permulaan yang baik tahun ini - dengan menyambut sejumlah 7.14 juta penumpang dalam suku pertama sahaja.

HIA memperkenalkan tiga destinasi baru penumpang bagi menjadikan jumlah destinasi yang ditawarkan lapangan terbang itu kepada 156, di samping menjadi rakan syarikat kepada lebih 36 syarikat penerbangan.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan