Lapan maut selepas pesawat bawa pesakit terhempas di Manila
Sebuah pesawat pemindahan perubatan meletup ketika berlepas dari ibu kota Flilipina pada Ahad (29 Mac), sekali gus membunuh kesemua lapan penumpang dan seorang anak kapal, termasuk seorang warga Amerika dan Kanada, menurut para pegawai.

Sebuah pesawat pemindahan perubatan meletup ketika berlepas dari ibu kota Flilipina pada Ahad (29 Mac).
MANILA: Sebuah pesawat pemindahan perubatan meletup ketika berlepas dari ibu kota Flilipina pada Ahad (29 Mac), sekali gus membunuh kesemua lapan penumpang dan seorang anak kapal, termasuk seorang warga Amerika dan Kanada, menurut para pegawai.
Pesawat Lionair itu, dimiliki oleh khidmat tempahan khas pesawat yang berdaftar di Filipina, Lionair, dijadualkan melakukan penerbangan ke Haneda, Jepun, tetapi meletup di hujung landasan pesawat pada sekitar 8.00 malam, di lapangan terbang utama Manila, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA).
Syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak ada kaitan dengan Lionair yang berpangkalan di Manila.
Rakaman video menunjukkan kepulan asap tebal di udara, sedang anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Pesawat tersebut membawa tiga kakitangan perubatan, tiga anak kapal dan seorang pesakit dan seorang pengiring, menurut Ketua Palang Merah Filipina dan senator, Richard Gordon di Twitter.
"Malangnya, tiada penumpang yang terselamat dalam kemalangan itu," menurut Penguasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dalam satu kenyataan.
Siasatan oleh Penguasa Aeronotik Awam Filipina sedang dijalankan, menurut MIAA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.