Lapan maut dalam letupan kilang mercun di selatan India
Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala tujuh lagi cedera dalam letupan sebuah kilang bunga api di negeri Andhra Pradesh, selatan India pada Ahad (14 Apr).

Letupan berlaku ketika pekerja sedang memasukkan bahan kimia ke dalam mercun. (Gambar hiasan: Pexels)
Kejadian di sebuah kampung di daerah Anakapalle berhampiran bandar Visakhapatnam itu berlaku ketika pekerja memasukkan bahan kimia ke dalam mercun, lapor media tempatan, memetik ketua polis Anakapalle Tuhin Sinha.
India mempunyai permintaan yang tinggi bagi mercun yang digunakan semasa perayaan dan majlis perkahwinan. Namun, barangan tersebut sering dihasilkan pekerja bergaji rendah dalam keadaan tidak selamat di kilang sementara.
Ini menjadikan kemalangan melibatkan tapak pembuatan dan penyimpanan mercun suatu perkara yang bukan diluar kebiasaan.
Seramai 21 orang terbunuh dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di wilayah barat Gujarat pada 1 April, manakala lapan sekeluarga maut di wilayah timur Bengal Barat pada 31 Mac selepas mercun yang disimpan di dalam rumah meletup.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.