Skip to main content

Dunia

Lapan individu didakwa bunuh lelaki 21 tahun di Brisbane

Anggaran Waktu Membaca:
Lapan individu didakwa bunuh lelaki 21 tahun di Brisbane

Lapan individu berusia antara 17 dengan 19 tahun didakwa membunuh seorang lelaki berusia 21 tahun menyusuli satu kejadian di selatan Brisbane, Australia pada 26 Julai 2026. (Gambar hiasan: Reuters/Enrique Castro-Mendivil)

Diterbitkan : 10 Aug 2026 03:27PM
  • Lapan remaja berusia 17 hingga 19 tahun didakwa membunuh seorang lelaki 21 tahun di selatan Brisbane, Australia.
  • Kejadian bermula dengan kekecohan besar pada awal pagi 26 Julai, di mana mangsa ditemui cedera parah di kepala.
  • Mangsa meninggal dunia pada 1 Ogos selepas dirawat di hospital, dan penahanan suspek dilakukan pada 6 dan 9 Ogos.
  • Polis turut menemui kerosakan teruk pada beberapa kenderaan dan sebuah kediaman di lokasi kejadian, hasil siasatan menyeluruh.
Dijana oleh AI
SYDNEY: Lapan individu berusia antara 17 hingga 19 tahun didakwa membunuh seorang lelaki berusia 21 tahun di Brisbane, Australia susulan satu kejadian pada akhir Julai, lapor Xinhua.

Polis menemukan mangsa mengalami kecederaan serius di kepala selepas menerima panggilan mengenai satu kekecohan besar membabitkan sekumpulan individu di selatan Brisbane pada awal pagi 26 Julai.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal sebelum meninggal dunia pada 1 Ogos.

Menurut kenyataan polis, empat individu, masing-masing tiga berusia 18 tahun dan seorang lagi 17 tahun, ditahan pada Ahad (9 Ogos) sebelum didakwa atas pertuduhan membunuh.

Penahanan itu menyusuli tindakan sama terhadap empat lagi individu, iaitu dua berusia 19 tahun dan dua lagi 18 tahun, pada Khamis (6 Ogos), selepas siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kejadian tersebut.

Polis sebelum ini memaklumkan bahawa anggota yang tiba di lokasi pada 26 Julai turut menemukan kerosakan teruk pada beberapa kenderaan dan sebuah kediaman.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita