Skip to main content

Dunia

Langkawi sasar jadi pulau pelancongan paling bersih di dunia

Anggaran Waktu Membaca:
ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyokong langkah proaktif digerakkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, yang menyasarkan Pulau Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan yang paling rbersih di dunia.

Sehubungan itu, beliau berkata, aspek kebersihan dan keindahan perlu sentiasa berada pada tahap terbaik serta menjadi agenda penting setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) sepanjang kempen Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.

Sultan Sallehuddin berkata, usaha itu bagi memastikan inisiatif kerajaan dapat direalisasikan dengan jayanya, lapor Sinar Harian.

"PBT lain juga perlu memastikan kebersihan dan keindahan persekitarannya dijaga dan dipantau dengan lebih berkesan agar menjadi sebuah bandar bersih.

"Beta juga ingin menyarankan kerajaan negeri dapat memupuk budaya hidup sihat serta persekitaran bersih bagi menjamin kesejahteraan serta kesihatan kepada seluruh rakyat Kedah," kata beliau.

Beliau berkata sedemikian semasa Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-82 di Istana Anak Bukit pada Ahad (30 Jun).

Menurut laporan Sinar Harian, Sultan Sallehuddin turut menyambut baik inisiatif Kedah yang akan melancarkan Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025), bagi meletakkan Kedah sebagai destinasi pelancongan unggul dan lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Baginda berharap agar jabatan dan agensi berkaitan memastikan semua kemudahan prasarana dan perkhidmatan pelancongan berada dalam keadaan lengkap dan sempurna untuk menerima kehadiran pelancong.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita