Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Langkawi, Pokok Sena alami cuaca panas tahap satu; catat suhu harian 35 hingga 37 darjah Celsius 3 hari berturut-turut

Anggaran Waktu Membaca:
ALOR SETAR: Daerah Langkawi dan Pokok Sena mengalami cuaca panas tahap satu iaitu selepas mencatatkan suhu harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Sehubungan itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada terdedah kepada aktiviti luar berikutan cuaca panas yang melanda ketika ini.

“Pada ketika ini, dua daerah Langkawi dan Pokok Sena kini mengalami cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) yang direkodkan tiga hari berturut-turut.

“Suhu maksimum harian di daerah terbabit adalah antara 35-37 darjah Celsius. Stesen Kaji Cuaca turut merekodkan Langkawi tidak menerima hujan lebih daripada 20 hari," katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Rabu (14 Feb).

Encik Muhammad Khalil turut menasihatkan orang ramai terutama golongan petani supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka ketika ini.

Katanya, ketika ini berlaku peralihan Monsun Timur Laut dan cuaca kering serta angin bertiup kencang itu dibimbangi api akan merebak dengan cepat sekiranya terbakar.

“Sebarang aktiviti pembakaran terbuka perlu dielakkan waktu ini kerana tidak sesuai ketika musim kering disebabkan haba panas dan angin kencang ketika ini.

“Cuaca panas ini dijangkakan berlaku hingga hujung Mac atau awal April apabila fasa peralihan monsun berlaku,” ujarnya, lapor Astro Awani.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) turut memaklumkan dua lagi daerah mengalami cuaca panas iaitu Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Kedua-dua daerah terbabit mencatatkan suhu maksimum 37 darjah Celsius bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasi suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah Celsius sebagai tahap tiga.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan