Skip to main content

Dunia

Langkawi dibadai ribut; 17 rumah, 15 kereta rosak

Sebanyak 17 rumah dan 15 kereta rosak dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Yooi, di sini tengah hari tadi (7 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Langkawi dibadai ribut; 17 rumah, 15 kereta rosak

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 07 Nov 2020 05:08PM Dikemas Kini : 07 Nov 2020 05:09PM

LANGKAWI: Sebanyak 17 rumah dan 15 kereta rosak dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Yooi, di sini tengah hari tadi (7 Nov).

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira 12.40 tengah hari sebelum sepasukan dengan kekuatan 10 anggota dikerah ke kampung terbabit.

“Angin kuat serta hujan lebat di lokasi tersebut menyebabkan pokok serta tiang elektrik tumbang. Pokok tumbang pula telah menghempap rumah, kereta serta menghalang laluan Jalan Kampung Yooi.

“Kejadian turut melibatkan kerosakan seperti bumbung rumah diterbangkan angin. Setakat ini, sejumlah 17 buah rumah, 15 kereta serta tiga buah rumah kedai terjejas akibat kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, APM Daerah Langkawi dengan kerjasama pelbagai agensi sedang mengalih serta membersihkan pokok tumbang di sekitar kampung berkenaan.

"Kami juga sedang mengumpul maklumat terperinci kerosakan yang berlaku akibat kejadian itu, maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka," katanya.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita