Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Langkah Turki cari minyak dan gas di Laut Mediterranean gusarkan jiran-jiran di EU

Tindakan Turki mencari minyak dan gas di Laut Mediterranean dan menghantar kapal perang untuk mengambil alih perairan yang dituntut oleh negara jiran Kesatuan Eropah (EU) adalah sebahagian daripada visi utamanya iaitu "Blue Homeland".

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah Turki cari minyak dan gas di Laut Mediterranean gusarkan jiran-jiran di EU

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Aug 2020 05:16PM Dikemas Kini : 23 Aug 2020 05:20PM

ISTANBUL: Tindakan Turki mencari minyak dan gas di Laut Mediterranean dan menghantar kapal perang untuk mengambil alih perairan yang dituntut oleh negara jiran Kesatuan Eropah (EU) adalah sebahagian daripada visi utamanya iaitu "Blue Homeland".

Oleh kerana bimbang tidak diberikan perkongsian kekayaan gas asli secara adil di rantau ini, Turki turut menghantar kapal penyelidikan dan armada kecil tentera laut ke laut Greece, sekali gus meningkatkan ketegangan minggu lalu.

Sebagai isyarat Turki tidak mahu bergantung kepada negara lain dari segi sumber tenaga, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Turki membuat penemuan gas asli terbesar di Laut Hitam.

"Tuhan sudah membuka pintu untuk kekayaan yang belum pernah terjadi sebelumnya bagi kami," katanya.

Keadaan itu menyebabkan Turki meneroka lebih jauh di Laut Mediterranean, yang sekali gus mencetuskan kemarahan Greece dan menerima amaran berulang kali dari EU.

Perancis yang turut tidak sefahaman dengan Turki, menghantar kapalnya sendiri ke rantau itu untuk membantu Greece, sekali gus mendorong Encik Erdogan mengeluarkan amaran bahawa beliau akan membalas ancaman itu.

Isu itu bukan saja berkaitan "memperjuangkan hak, tetapi masa depan Turki," kata Encik Erdogan.

Menurut pakar-pakar, disebabkan Turki dipulaukan di rantau itu Encik Erdogan sedang memberontak dan menegaskan hak Turki terhadap negara-negara yang bergabung tanpa Ankara.

Tahun lalu Cyprus, Greece, Mesir, Israel, Jordan, Itali dan wilayah Palestin bersetuju untuk mewujudkan "Forum Gas Mediterranean Timur" tanpa Turki.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan