Langkah tangani perubahan iklim mampu cegah 1.6 juta kematian setahun: WHO
Gambar hiasan menunjukkan orang berjalan di bawah matahari yang panas terik. (Gambar: BERNAMA)
- The WHO estimates that effective climate action could prevent about 1.6 million deaths worldwide each year, taking into account risks such as air pollution and infectious diseases.
- Recommended measures include heat-health warnings, more climate-resilient water and sanitation infrastructure, clean cooking and safer household energy.
- The WHO also recommends reducing fossil fuel use by phasing out subsidies and imposing taxes, which could generate government revenue and lower health and environmental costs.
- Annual economic benefits are estimated to be substantial compared with implementation costs of US$35 billion; Tedros stressed the importance of saving lives, while Frank Pega warned of the risks that floods, storms and droughts pose to basic sanitation.
- WHO menganggarkan tindakan iklim yang berkesan boleh mencegah sekitar 1.6 juta kematian setahun di seluruh dunia, dengan mengambil kira risiko seperti pencemaran udara dan penyakit berjangkit.
- Langkah yang dicadangkan termasuk amaran cuaca panas, infrastruktur air dan sanitasi lebih tahan iklim, dapur bersih serta tenaga isi rumah yang lebih selamat.
- WHO turut mengesyorkan pengurangan penggunaan bahan api fosil melalui pemansuhan subsidi dan cukai, yang boleh menjana hasil kerajaan dan mengurangkan kos kesihatan serta alam sekitar.
- Manfaat ekonomi tahunan dianggarkan besar berbanding kos pelaksanaan AS$35 bilion; Tedros menekankan kepentingan menyelamatkan nyawa, manakala Frank Pega memberi amaran tentang risiko banjir, ribut dan kemarau kepada sanitasi asas.
GENEVA: Langkah yang terbukti berkesan untuk menangani perubahan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesannya mampu mencegah kira-kira 1.6 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun, menurut anggaran yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (4 Nov), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memaklumkan bahawa langkah-langkah termasuk sistem amaran cuaca panas, infrastruktur bekalan air dan sanitasi yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim, penggunaan tenaga isi rumah yang lebih bersih serta cukai lebih tinggi terhadap bahan api fosil mampu menyelamatkan nyawa, selain memberikan manfaat ekonomi yang besar.
"Tindakan menangani perubahan iklim kini menjadi soal hidup dan mati," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.
"Kita mempunyai kaedah untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan pelepasan gas dan memperkukuh ekonomi," katanya.
Anggaran itu mengambil kira bukan sahaja kesan pelepasan gas rumah hijau, malah risiko kesihatan berkaitan, termasuk pencemaran udara dan penyakit berjangkit.
WHO memaklumkan bahawa pemansuhan subsidi bahan api fosil di seluruh dunia serta pelaksanaan cukai yang bersesuaian terhadap minyak, gas dan arang batu berpotensi menjana hasil pemerintah sebanyak AS$5.4 trilion (S$6.90 trilion) setahun.
Menurut anggarannya, pengurangan penggunaan tenaga yang menghasilkan pelepasan karbon tinggi pula mampu memberikan manfaat tambahan sebanyak AS$3 trilion (S$3.83 trilion) menerusi penurunan kos kesihatan dan alam sekitar.
WHO turut menganggarkan bahawa pelaburan pada sistem amaran cuaca panas, infrastruktur bekalan air serta penggantian dapur yang menggunakan kayu dan arang batu yang memudaratkan kesihatan mampu menjana manfaat ekonomi tambahan kira-kira AS$844 bilion (S$1078.31 bilion) setahun.
Kos tahunan untuk melaksanakan langkah berkenaan pula dianggarkan hanya AS$35 bilion (S$44.72 bilion).
Pakar ekonomi kesihatan WHO Frank Pega memberi amaran bahawa sistem sanitasi asas amat terdedah kepada ancaman berkaitan iklim, termasuk banjir, ribut dan kemarau.
Beliau berkata usaha memperkukuh infrastruktur mampu membantu mengurangkan penyakit seperti cirit-birit dan radang paru-paru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.