Langkah PBB tidak ubah status kawalan kanabis M'sia, kata menteri
Keputusan Persidangan Semula Sesi ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik yang menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961 (Konvensyen 1961) tidak mengubah status kawalan semua bahan-bahan itu dalam negara.
Datuk Seri Hamzah Zainudin. (Gambar; BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Keputusan Persidangan Semula Sesi ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik yang menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961 (Konvensyen 1961) tidak mengubah status kawalan semua bahan-bahan itu dalam negara.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata persidangan tersebut yang berlangsung di Vienna, Austria telah bersetuju menerima usul terbabit pada Rabu (2 Dis).
Beliau berkata kanabis dan bahan-bahan berkait kanabis kekal dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu tindakan undang-undang tetap akan diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggar peruntukan undang-undang ini seperti sedia ada.
“Bagi peringkat antarabangsa, keputusan suruhanjaya tersebut juga tidak melonggarkan kawalan antarabangsa terhadap kanabis kerana ia masih kekal dikawal ketat di bawah Jadual I Konvensyen 1961.
“Malaysia sebagai ahli dalam ketiga-tiga konvensyen dadah antarabangsa iaitu Konvensyen 1961, Konvensyen Mengenai Bahan Psikotropik 1971 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Perdagangan Haram Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1988 kekal komited untuk membanteras jenayah narkotik di peringkat domestik serta global,” katanya dalam kenyataan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.