Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Langkah keselamatan ketat seminggu selepas serangan Sri Lanka

Pemimpin penganut Kristian Roman Katolik di Sri Lanka menyifatkan serangan-serangan pengganas pada Hari Easter, Ahad lalu di Sri Lanka sebagai satu "penghinaan terhadap kemanusiaan".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Apr 2019 08:39PM Dikemas Kini : 28 Apr 2019 08:44PM

COLOMBO: Pemimpin penganut Kristian Roman Katolik di Sri Lanka menyifatkan serangan-serangan pengganas pada Hari Easter, Ahad lalu di Sri Lanka sebagai satu "penghinaan terhadap kemanusiaan".

Paderi Besar Colombo, Kardinal Malcolm Ranjith berkata demikian selepas mengetuai upacara misa secara privet di rumahnya pagi Ahad (28 Apr) setelah membatalkan semua kegiatan sedemikian di gereja-gereja awam kerana bimbang berulang lagi serangan seperti pada Ahad lalu.

Menurut beliau serangan di beberapa gereja dan hotel mewah seminggu lalu merupakan satu tragedi besar dan penghinaan terhadap kemanusiaan.

253 orang termasuk kira-kira 40 warga asing terbunuh dan sekitar 500 mangsa cedera dalam siri serangan itu.

Kumpulan pengganas ISIS mengaku bertanggungjawab.

Dalam pada itu Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena telah mengharamkan dua kumpulan Islam di negara itu.

Pemerintah mengesyaki kumpulan Jamaath Thawheedh Nasional dan Jamathei Millathu Ibrahim terbabit dalam serangan-serangan Ahad lalu.

Gerakan memburu orang-orang yang disyaki masih diteruskan.

Sejauh ini pasukan keselamatan telah menangkap lebih 100 orang termasuk dua daripada enam radikal yang amat dikehendaki, Mohamed Saadik Abdul Haq dan Mohamed Saahid Abdul Haq.

Beberapa warga Syria dan Mesir juga dalam kalangan mereka yang ditangkap.

Hampir 10,000 askar terlibat dalam operasi memburu mereka yang disyaki serta meningkatkan kawalan keselamatan.

Pihak berkuasa memberi amaran tentang kemungkinan berlaku serangan baru ke atas tempat-tempat ibadat.

Sumber : AFP/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan