Laman Air Hutan Bandar pusat rekreasi terbaharu Johor Bahru
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Majlis Bandaraya Johor Bahru)
JOHOR BAHRU: Laman Air di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Johor Bahru yang mula dibuka kepada orang ramai pada Isnin (23 Mac) merekodkan kira-kira 1,200 pengunjung.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Mohd Jafni Md Shukor berkata kehadiran memberangsangkan itu dapat dilihat sebaik kemudahan itu mula dibuka pada pagi Isnin.
“Kemudahan rekreasi awam yang menarik amat dihargai oleh rakyat, khususnya sebagai ruang untuk anak-anak bermain air, keluarga beriadah serta masyarakat menjalani gaya hidup sihat,” katanya dalam catatannya di Facebook.
Beliau berkata sebanyak 36 kakitangan ditugaskan melibatkan pasukan penguatkuasaan, renjer taman, penyelamat, pengawal keselamatan serta pekerja pembersihan.
Encik Mohd Jafni berkata kehadiran pasukan tersebut amat penting bagi memastikan kawasan rekreasi itu sentiasa berada dalam keadaan selamat, teratur dan bersih untuk keselesaan semua.
“Insya-Allah, kemudahan seperti ini akan terus diperkasakan selaras komitmen Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi untuk memperbanyakkan ruang rekreasi mesra rakyat serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di bandar-bandar di negeri ini,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata keseluruhannya kira-kira 4,500 orang direkodkan mengunjungi Hutan Bandar MBJB untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan pada Isnin.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.