Skip to main content

Dunia

Laluan RTS dijangka dilancar pertengahan Feb 2027; beri masa selesai penilaian keselamatan, kelulusan teknikal

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan RTS dijangka dilancar pertengahan Feb 2027; beri masa selesai penilaian keselamatan, kelulusan teknikal

Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke berucap di pelancaran perkhidmatan bas BAS.MY Johor Bahru di JB Sentral di Johor Bahru pada 8 Oktober 2026. (Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)

Diterbitkan : 08 Oct 2026 09:10PM
RTS Link expected to be launched in mid-Feb 2027; to allow time to complete safety assessments, technical approvals
  • The launch of the Johor Bahru-Singapore RTS Link is now targeted for around mid-February 2027, although its construction is still scheduled to be completed by Dec 31.
  • Anthony Loke said additional time is needed for independent safety assessments and technical approvals from Malaysia and Singapore, to avoid operational risks.
  • LTA, Malaysia's Ministry of Transport and RTSO confirmed that the timeline has been revised, while Jeffrey Siow said Singapore is targeting for services to begin before Hari Raya.
  • The 4km line between Woodlands North and Bukit Chagar is expected to carry up to 10,000 passengers an hour in each direction, with a journey time of about five minutes.
Dijana oleh AI
JOHOR BAHRU: Keputusan untuk menangguhkan pelancaran Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS Link) Johor Bahru-Singapura ke pertengahan Februari akan memberi ruang bagi penilaian keselamatan akhir dan kelulusan teknikal diselesaikan, menurut Menteri Pengangkutan Malaysia.

Bercakap dengan para wartawan selepas pelancaran perkhidmatan bas baharu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Laluan RTS pada Khamis (8 Okt), Encik Anthony Loke berkata perubahan tarikh pembukaan perkhidmatan itu “bukan benar-benar satu penangguhan”, kerana pembinaan projek itu sendiri masih mengikut jadual untuk disiapkan menjelang 31 Disember.

Namun, beliau berkata “beberapa minggu tambahan” diperlukan bagi penilaian akhir oleh perunding keselamatan bebas dan mendapatkan kelulusan teknikal daripada berkuasa berkaitan di Malaysia dan Singapura.

“Kami tidak mahu mengambil risiko yang tidak perlu kerana ini merupakan projek penting. Keselamatan perlu diambil kira kerana ini merupakan perkhidmatan rentas sempadan dan kami menjangkakan beribu-ribu orang akan menggunakannya setiap hari,” kata Encik Loke.

“Maka itu, walaupun mungkin terdapat sedikit kelewatan lebih sebulan, kami percaya ini merupakan keputusan yang lebih baik bagi memastikan semua sistem beroperasi dengan lancar. Jika kami meneruskan tanpa penilaian menyeluruh, kami bimbang tentang kemungkinan berlakunya masalah teknikal,” tambah beliau.

Encik Loke berkata tempoh pertengahan Februari itu sudah merangkumi ruang masa tambahan bagi proses yang diperlukan selesai, meskipun pembukaan lebih awal mungkin boleh dilakukan.

“Dari segi teknikal, kami mungkin boleh menetapkan tarikh lebih awal pada Januari, tetapi kami mahukan ruang masa untuk memastikan semua proses yang diperlukan dilaksanakan dengan baik,” katanya.
Related article image
Sebuah tren menjalani ujian bagi Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS Link) Johor Bahru-Singapura pada 15 Jun 2026. (Gambar fail: CNA/Zamzahuri Abas)

Pada Jumaat (2 Okt), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan dalam kenyataan bersama bahawa RTS Operations (RTSO), pengendali laluan rel itu, sudah memaklumkan mengenai garis masa yang disemak.

Kedua-dua pihak menambah bahawa sasaran Februari 2027 masih tertakluk kepada RTSO mendapatkan pensijilan keselamatan bebas dan kelulusan kawal selia akhir.

Menteri Pengangkutan Singapura Jeffrey Siow berkata dalam catatan Facebook pada Jumaat bahawa rancangan asal adalah untuk pensijilan keselamatan dan pelesenan diselesaikan sebelum akhir tahun 2026, “tetapi ia tidak menjadi kenyataan”.

Beliau berkata rakan-rakannya di LTA sudah berusaha memastikan stesen di Singapura siap untuk permulaan perkhidmatan rel rentas sempadan, sambil menambah: “Kami menyasarkan untuk memulakan perkhidmatan sebelum Hari Raya tahun depan.”

Hari Raya Puasa dijangka jatuh pada 10 Mac 2027.

Laluan rel sepanjang 4 kilometer itu, yang akan menghubungkan stesen Woodlands North di Singapura dengan stesen Bukit Chagar di Johor Bahru, sebelum ini dijangka mula beroperasi menjelang akhir 2026. 

Apabila beroperasi, perkhidmatan rel rentas sempadan itu akan mempunyai kapasiti maksimum sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah, dengan perjalanan antara kedua-dua stesen dijangka mengambil masa sekitar lima minit.

Ketika ditanya pada Khamis mengenai tarikh tepat pelancaran, Encik Loke berkata perkara itu hanya dapat dipastikan “selepas semua kelulusan yang diperlukan diperoleh”.

“Namun dari segi tempoh masa secara umum, kami agak yakin ia akan berlangsung sekitar pertengahan Februari,” kata Encik Loke.

Sumber : CNA/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita