Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laluan perjalanan khas pelawat divaksin M'sia-S'pura dalam perancangan

Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan ‘laluan perjalanan yang divaksin’ bagi pelawat antara Malaysia dengan Singapura dalam usaha memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan perjalanan khas pelawat divaksin M'sia-S'pura dalam perancangan

Suasana Koswe pada 7 pagi 18 Mac 2020 (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 28 Oct 2021 02:00PM Dikemas Kini : 28 Oct 2021 02:03PM

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan ‘laluan perjalanan yang divaksin’ bagi pelawat antara Malaysia dengan Singapura dalam usaha memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Nancy Shukri, berkata perkara itu kini dalam proses perbincangan. Ia melibatkan beberapa kementerian dari kedua-dua negara, antaranya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar Negeri serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sendiri.

Beliau berkata laluan khas perjalanan yang divaksin bagi pelawat antara Malaysia dengan Singapura itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob setelah ia diluluskan. 

“Semalam saya baru bersama dengan pihak kedutaan Singapura dan mungkin esok saya akan bermesyuarat bersama Menteri Perdagangan Singapura untuk perbincangan lebih lanjut. Menteri-menteri lain turut akan berbincangan dengan rakan sejawatan mereka dari Singapura demi untuk melancarkan lagi perancangan kita. 

“Kita akan teruskan perbincangan esok dan kita akan bawa ke mesyuarat majlis keselamatan,” katanya semasa sidang media di Parlimen hari ini (28 Okt).

Mengulas mengenai kemasukan pelancong antarabangsa, Cik Nancy berkata semua pemain industri sudah bersedia untuk menerima kemasukan pelancong asing mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan