Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laluan pejalan kaki 'lembut' hubungkan Arafah-Muzdalifah

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Kementerian Pengangkutan bagi Operasi Jalan Raya dan Penyenggaraan Arab Saudi membangunkan laluan pejalan kaki dengan lantai yang ‘lembut’, menghubungkan Arafah dengan Muzdalifah bagi kemudahan jemaah haji terutamanya warga emas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Arab Saudi Tareq Ziyad Al-Shami berkata, laluan sepanjang 1,000 meter dengan kelebaran 15 meter itu diperbuat daripada bahan campuran bitumen, asfalt dan getah yang menjadikan permukaan laluan tersebut tidak keras dan selesa untuk berjalan. 

Permukaan laluan itu juga dicat dengan warna kelabu terang khas, yang melekat pada asfalt dan mampu mengurangkan haba antara 13 hingga 15 darjah Celcius lebih rendah.

“Orang ramai boleh berjalan kaki dari Arafah ke Muzdalifa menggunakan laluan ini dan tanpa berasa sakit lutut atau kurang tekanan pada lutut...seperti anda tahu orang yang sudah berumur apabila mereka berjalan, mereka sakit lutut dan sakit belakang, kami mahu menghasilkan sesuatu yang memudahkan mereka berjalan kaki,” katanya.

Menurut Encik Tareq, pihaknya akan menambah baik produk baharu pada laluan pejalan kaki itu dari masa ke semasa, dan berharap laluan tersebut dapat diperluaskan untuk menghubungkan Muzdalifah dengan Mina pada masa akan datang demi keselesaan jemaah haji.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan