Laluan pejalan kaki ketiga dijangka tingkatkan akses ke bangunan pusat pemeriksaan Johor
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Rashvinjeet S Bedi/CNA
SINGAPURA: Satu laluan ketiga bagi para pejalan kaki untuk memasuki bangunan pusat pemeriksaan Malaysia di Johor Baharu, yang juga dikenali sebagai Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), akan dibuka tidak lama lagi bagi tempoh percubaan selama dua bulan.
Laluan tersebut, yang sebelum ini digunakan oleh para pejalan kaki untuk memasuki bangunan pusat pemeriksaan itu, ditutup semasa pandemik COVID-19.
Langkah untuk membuka semula laluan pejalan kaki itu, sekalipun bagi satu tempoh percubaan, diumumkan selepas Kabinet Malaysia meluluskan cadangan kerajaan negeri Johor bagi laluan pejalan kaki tersebut, menurut akhbar The Star.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh dilaporkan sebagai mengatakan bahawa laluan pejalan kaki ketiga itu, yang merupakan jalan pintas berhampiran Hotel Hako, merupakan antara isu yang dibangkitkan oleh kerajaan negeri itu semasa mesyuarat jawatankuasa Kabinet itu baru-baru ini berhubung kesesakan trafik dan keselamatan jalan raya.
Dua laluan akses yang lain ke bangunan pusat pemeriksaan tersebut adalah di Jalan Jim Quee dan Jalan Tun Abdul Razak. Kedua-dua laluan tersebut membawa pejalan kaki menerusi JB Sentral ke BSI CIQ itu.
Meskipun jumlah angka pejalan kaki yang melintasi melalui JB CIQ itu tidak diketahui, Koswe Johor-Singapura merupakan salah satu lintasan sempadan paling sibuk di dunia, dengan seramai 350,000 pelawat dijangkakan setiap hari.
Kebanyakan daripada pelawat tersebut merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, kerana tertarik dengan kadar pertukaran yang lumayan.
Akhbar The Star dan media lain menarik perhatian bahawa pejalan kaki, termasuk wanita hamil, telahpun menggesa agar laluan pintas tersebut dibuka semula, menyusuli penutupannya semasa pandemik COVID-19 itu.
Mereka kini terpaksa berjalan kira-kira 1.5 kilometer di sekeliling BSI CIQ itu.
"(Jawatankuasa Kabinet itu) memberi lampu hijau untuk ujian asas selama kira-kira dua bulan. Kami akan memulakannya dan melihat sama ada terdapat sebarang masalah.
"Jika semuanya okay, kami akan membangkitkan perkara itu lagi kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan bagi laluan tersebut diwartakan sebagai akses rasmi untuk sampai ke BSI," kata Encik Fazli, dipetik oleh akhbar The Star.
Beliau menambah bahawa percubaan bagi laluan pejalan kaki ketiga itu dijangka bermula dalam beberapa minggu ini sekiranya ia diberikan lampu hijau oleh Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, tetapi belum memberi perincian lanjut. Ia juga tidak diketahui jika penjajaran laluan pejalan kaki itu sama seperti ketika ia beroperasi sebelum ditutup semasa pandemik.
"Kami mungkin memerlukan kira-kira dua hingga tiga minggu untuk menyiapkan semuanya sebelum memulakan ujian asas itu," kata Encik Fazli.
Ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri itu berkata laluan pejalan kaki tersebut akan menjadi laluan rasmi pertama bagi pejalan kaki untuk sampai ke bangunan pusat pemeriksaan berkenaan secara langsung sekiranya laluan akses itu diwartakan.
"Sekiranya jalan pintas ini diwartakan, orang ramai akan mempunyai akses terus ke CIQ tanpa perlu melalui JB Sentral," ujar Encik Fazli, lapor The Star.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.