Skip to main content

Dunia

Laluan baharu Bas Makkah hubungkan Masjidil Haram ke Daerah Kebudayaan Hira

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan baharu Bas Makkah hubungkan Masjidil Haram ke Daerah Kebudayaan Hira
(Gambar: Saudi Press Agency)
Diterbitkan : 11 Jan 2026 09:57PM Dikemas Kini : 11 Jan 2026 09:58PM
JEDDAH: Bas Makkah melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Masjidil Haram ke Daerah Kebudayaan Hira, bertujuan untuk meningkatkan ketersambungan antara tapak-tapak keagamaan dan kebudayaan, lapor Agensi Berita Saudi pada Ahad (11 Jan).

Laluan tersebut menawarkan akses langsung ke daerah kebudayaan termasuk Pameran Wahyu, Muzium al-Quran, kemudahan pendidikan lain serta Gua Hira.

Peluasan itu adalah sebahagian daripada rangkaian Bas Makkah yang berkembang, kini terdiri daripada 12 laluan, 400 bas dan 431 stesen meliputi jarak 580 kilometer, bagi memudahkan perjalanan lebih 188 juta penumpang dalam lebih 4 juta perjalanan.

Laluan itu dilaksanakan di bawah Suruhanjaya Diraja bagi Bandar Makkah dan Tapak Suci serta diterajui oleh Pusat Pengangkutan Am, pihak berkuasa yang bertanggungjawab merancang, mengawal selia dan mengendalikan rangkaian pengangkutan di Makkah.

Projek Bas Makkah adalah bahagian penting dalam strategi untuk memodenkan pengangkutan awam di kota suci itu, menyediakan pengangkutan yang selamat, boleh diyakini dan cekap bagi para penduduk dan pelawat.

Laluan tersebut meliputi jalan raya utama, laluan negeri dan sambungan kejiranan, menawarkan alternatif kepada penggunaan kereta persendiran, mengurangkan kesesakan dan pencemaran sekitaran.

Projek tersebut menyasar untuk menyediakan sistem pengangkutan awam bertaraf dunia untuk penduduk dan jemaah.

Ia juga sebahagian daripada Program Pengalaman Jemaah yang menyokong objektif Visi 2030 Arab Saudi.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita