Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dari kebakaran terbesar California

Beribu-ribu penduduk dari kawasan pergunungan terpaksa dipindahkan akibat kebakaran hutan terbesar di California 

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dari kebakaran terbesar California

Kebakaran besar di California. (Gambar: REUTERS/Fred Greaves)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 02:56PM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 02:59PM

LOS ANGELES: Beribu-ribu penduduk dari kawasan pergunungan terpaksa dipindahkan akibat kebakaran hutan terbesar di California semalam (3 Ogos) sedang pasukan bomba bertungkus lumus melawan api dengan keadaan diburukkan lagi oleh tiupan angin kencang.

Kebakaran Kompleks Mendocino merebak kepada kawasan seluas 62,000 hektar (620 kilometer) semalam, iaitu separuh saiz Los Angeles. Kebakaran besar itu memusnahkan 88 struktur yang terletak sekitar 150 kilometer utara San Franciso, memaksa hampir 16,000 penduduk melarikan diri. Ini menurut Jabatan Kehutanan dan Perlindungan Kebakaran California (CalFire).

Seramai empat ahli bomba terkorban dalam kebakaran California, tahun ini iaitu seganda jumlah tahun lalu.

Pasukan bomba dari 16 wilayah bergegas ke California untuk melawan api dan pihak berkuasa menambah lagi 3,232 kakitangan untuk memadamkan kebakaran Kompleks Mendocino yang mencakupi dua kebakaran besar.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan