Skip to main content

Dunia

Lagi kes buli di universiti ketenteraan Malaysia; tulang belakang, rusuk kadet retak

Polis sudah mengambil keterangan sembilan individu bagi membantu siasatan kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipercayai dipijak penuntut senior hingga cedera parah di rusuk dan belakang badan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi kes buli di universiti ketenteraan Malaysia;  tulang belakang, rusuk kadet retak

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Nov 2024 03:02PM
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil keterangan sembilan individu bagi membantu siasatan kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipercayai dipijak penuntut senior hingga cedera parah di rusuk dan belakang badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata mereka yang diambil keterangan melibatkan saksi kejadian dan kakitangan universiti berkenaan.

“Suspek kejadian juga dikenal pasti dan dijadualkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada petang ini untuk diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin (11 Nov).

Awal dari itu, Encik Rusdi memaklumkan mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun satu, mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 10.45 malam, 21 Okt dengan mangsa ketika itu berada di tepi padang kawad setelah selesai panggil nama di universiti berkenaan.

Polis hanya menerima laporan berkaitan insiden itu pada 8.40 malam, 8 Nov.

Menyusuli kejadian itu, mangsa dirawat di hospital.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin menerusi perkongsian di platform X memaklumkan pihaknya berpendirian kejadian terbabit adalah tidak wajar dan merosakkan imej UPNM serta institusi pendidikan tinggi. 

Kemneterian itu menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Sebelum ini, tular di laman sosial X apabila seorang wanita mempersoalkan kewajaran tindakan mahasiswa UPNM yang didakwa membuli selain mendakwa adik saudaranya dipijak hingga patah tulang rusuk.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita