Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi 85 daerah di China dikeluarkan dari senarai termiskin

Lagi sejumlah 85 daerah dikeluarkan secara rasmi daripada senarai kawasan termiskin di China dan pencapaian tersebut adalah selaras dengan usaha negara itu membasmi kemiskinan menjelang tahun 2020, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 85 daerah di China dikeluarkan dari senarai termiskin

(Gambar: Thomas Peter/Reuters)

Diterbitkan : 17 Oct 2018 03:32PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 03:36PM

BEIJING: Lagi sejumlah 85 daerah dikeluarkan secara rasmi daripada senarai kawasan termiskin di China dan pencapaian tersebut adalah selaras dengan usaha negara itu membasmi kemiskinan menjelang tahun 2020, lapor agensi berita Xinhua.

Pengumuman itu dibuat Pejabat Majlis Pembangunan dan Pengurangan Kemiskinan Negeri sempena Hari Membasmi Kemiskinan Kebangsaan yang kelima pada 17 Oktober setiap tahun.

Jumlah itu adalah yang terbesar sejak China berikrar memerangi kemiskinan pada tahun 2015. Sehingga kini, sebanyak 153 daerah berjaya dikeluarkan daripada senarai berkenaan.

"Ini merupakan pencapaian penting dalam fasa membasmi kemiskinan," kata Timbalan Pengarah Majlis Negeri, Xia Gengsheng.

Sejumlah 85 daerah dari sembilan wilayah itu dinilai oleh pihak ketiga sebelum dikeluarkan dari senarai tersebut.

Sesebuah daerah dikeluarkan dari senarai jika kurang dua peratus penduduknya berada di bawah garis kemiskinan, yang ditentukan oleh pendapatan per kapita tahunan sebanyak 2,300 yuan (S$456.50).

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan