Lagi 2 mayat ditemui di perairan Langkawi susuli insiden bot karam
Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand di Langkawi yang memasuki hari keempat, menemukan dua lagi mayat pada pagi Rabu (12 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
- Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand di Langkawi yang memasuki hari keempat, menemukan dua lagi mayat pada pagi Rabu (12 Nov).
- Penemuan itu sekali gus menjadikan 22 mangsa ditemui maut setakat ini manakala 14 lagi dijumpai selamat.
- Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pada pukul 10.10 pagi, Pasukan Polis Marin (PPM) menemui satu mayat lelaki terapung di perairan berhampiran Pulau Singa Besar.
- Operasi disertai 200 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk melibatkan kekuatan 14 aset udara dan laut dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), JBPM, PPM serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
LANGKAWI: Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand di Langkawi yang memasuki hari keempat, menemukan dua lagi mayat pada pagi Rabu (12 Nov).
Penemuan itu sekali gus menjadikan 22 mangsa ditemui maut setakat ini manakala 14 lagi dijumpai selamat.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pada pukul 10.10 pagi, Pasukan Polis Marin (PPM) menemui satu mayat lelaki terapung di perairan berhampiran Pulau Singa Besar.
“Mayat berkenaan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia oleh bot PSC 19 dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Tidak lama selepas itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut memaklumkan menemukan satu mayat lelaki di Selat Chincin berhampiran Pulau Anak Datai. Mayat dibawa ke Jeti Kubang Badak dan diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata operasi yang disambung pada pukul 7.30 pagi tadi turut diperluas dengan keluasan merangkumi 329.67 batu nautika persegi melibatkan pembahagian kepada 14 sektor pencarian.
“Operasi disertai 200 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk melibatkan kekuatan 14 aset udara dan laut dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), JBPM, PPM serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.