Skip to main content

Dunia

Lagi 12 warga M'sia mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja diselamatkan

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 12 warga M'sia mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja diselamatkan

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berucap di sebuah sidang media pada 5 Dis 2022. (Gambar fail: Pejabat Perdana Menteri Malaysia/Afiq Hambali)

PHNOM PENH: Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pihak Kedutaan Malaysia di Kemboja akan menguruskan pembebasan kesemua 12 individu berkenaan pada Selasa (28 Mac).

"Ini maklumat terbaru yang diterima, selain daripada yang diumumkan sebelum ini, berita terbaru ada 12 lagi berjaya dibebaskan," katanya semasa sidang media di akhir lawatan rasmi sehari ke Kemboja semalam.

Pada sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen petang semalam (27 Mac), Encik Anwar berkata setakat ini 287 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Eldeen Husaini Mohd Hashim memberitahu Bernama berdasarkan maklumat yang diterima, kesemua 12 individu itu berada dalam senarai nama yang dilaporkan hilang. 

Beliau berkata pihaknya akan ke lokasi mangsa esok untuk urusan membawa mereka pulang.

"Sekiranya keluarga telah melengkapkan semua dokumen termasuk tiket penerbangan balik, mungkin semua mangsa dapat pulang ke tanah air pada hari Sabtu atau Ahad," katanya.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita