Lady Gaga sertai kempen terakhir Joe Biden di Pittsburgh
Sehari sebelum pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Joe Biden membawa bintang pop terkenal Lady Gaga ke kubu kuat golongan pekerja di Pittsburgh. Itulah tempat Encik Biden merumuskan kempen pilihan rayanya sebelum pengundian pada 3 Nov.
Lady Gaga sertai kempen terakhir Joe Biden di Pittsburgh (Gambar: JIM WATSON / AFP)
PITTSBURGH: Sehari sebelum pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Joe Biden membawa bintang pop terkenal Lady Gaga ke kubu kuat golongan pekerja di Pittsburgh. Itulah tempat Encik Biden merumuskan kempen pilihan rayanya sebelum pengundian pada 3 Nov.
"Kuasa ada di tangan anda, Pennsylvania!" seru calon Demokrat itu kepada ratusan penyokongnya yang berkumpul pada lewat Isnin (2 Nov) waktu tempatan, untuk perhimpunan pandu masuk. Pittsburgh menjadi antara wilayah terpenting dalam persaingan Encik Biden dengan Presiden Donald Trump.
"Kini tiba masanya untuk berdiri dan merampas kembali demokrasi kita," tambah Encik Biden yang berusia 77 tahun. Laungan beliau itu disambut bunyian horn-horn kereta di luar stadium yang menjadi kubu pasukan bola Amerika Pittsburgh Steelers.
Di tengah-tengah cuaca sejuk November ini, Encik Biden menyeru bahawa "ini adalah pertarungan bagi jiwa raga Amerika," katanya. "Kita harus menang."
Lady Gaga, berpakaian baju putih dengan "Joe" dicetak di depan, mendengar dan memberi sorakan daripada pentasnya.
Beberapa minit sebelumnya, beliau menanggalkan sarung tangannya dan duduk di hadapan piano putih untuk mendendangkan musikal pendek tapi cukup bermakna untuk merangsang para penyokong Encik Biden.
"Berikan yang terbaik kerana ia satu pertarungan - pertarungan untuk untuk mendapatkan apa yang anda percayakan," kata beliau sebelum melancarkan lagu terkenalnya "Shallow."
Pemenang Grammy berusia 34 tahun itu menyeru kepada para penonton supaya mengundi Biden kerana "kita perlukan seseorang yang akan menyatukan kita untuk saat ini, saat sangat penting ini."
"Tidak kira siapa yang menang esok, kita harus melakukannya bersama. Esok harus aman," tambah beliau dengan sebak, merujuk kepada ketegangan di Amerika semasa pilihan raya ini.
Penyanyi itu yang pernah menetap di Pennsylvania, pernah melakukan perkara yang sama untuk parti Democrat. Pada 2016, beliau menolong merumuskan kempen Hillary Clinton, yang akhirnya kalah mengejut di tangan Trump.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.