Ladang ikan SG pasang terpal sebagai langkah berjaga-jaga
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Raydza Rahman)
SINGAPURA: Terpal biru dipasang di ladang ikan terapung seluas dua hektar di Changi, beberapa hari selepas tumpahan minyak berlaku di perairan Singapura dan menyebabkan sejumlah pantai ditutup.
Ketika Mediacorp melawat laluan antara Pulau Ubin dan Singapura pada Rabu (19 Jun) petang, ladang ikan di sana juga mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memeriksa mutu air dan sedang menimbangkan langkah-langkah lain seperti membekukan bekalan ikan untuk dijual.
Tiada tanda tumpahan minyak di kawasan tersebut, yang menempatkan kebanyakan ladang ikan Singapura, yang menggunakan papan kayu dan platform, serta sistem jaring terbuka.
Encik Soe Pyae Kyaw, pengurus The Fish Farmer, yang terletak di muara laluan itu, berkata kanvas biru tersebut dibekalkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (18 Jun).
BANTUAN DIBERIKAN OLEH PIHAK BERKUASA
Di premis ladang itu, para pekerja memasang kanvas di perairan. Encik Soe berkata mereka adalah pegawai SFA yang membantu ladang-ladang ikan lakukan tugas tersebut, yang memerlukan kakitangan tambahan.
Encik Soe berkata mereka menggunakan enam gulung kanvas besar, yang berukuran 50 meter setiap satu, dan dianggarkan mereka memerlukan dua lagi gulung sebelum dapat mengelilingi seluruh ladang itu.

Pegawai SFA juga menjalankan pemeriksaan seharian terhadap mutu ikan di kawasan tersebut, kata pekerja di ladang ikan.
"Mereka datang untuk periksa ikan dua kali sehari, pada pagi dan petang," kata peladang ikan Aung Kyaw dari ladang FC17.E.
Encik Kyaw menambah bahawa para pegawai tersebut
mengambil masa kira-kira 10 minit dan menjalankan tugas dengan teliti. Mereka juga memeriksa kerang yang berada di tepi ladang terapung.

BACA:
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.