Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS label Kumpulan Wagner sebagai "pertubuhan jenayah" antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
AS label Kumpulan Wagner sebagai "pertubuhan jenayah" antarabangsa

Penyelaras Komunikasi Strategik di Majlis Keselamatan Negara John Kirby berucap semasa sidang media di Rumah Putih pada 20 Jan 2023. (Gambar: ALEX WONG / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bakal melabelkan Kumpulan Wagner iaitu sebuah perbadanan ketenteraan persendirian Rusia sebagai "pertubuhan jenayah" antarabangsa dan berikrar akan mengenakan sekatan tambahan kepada firma berkaitan Kremlin itu.

Jabatan Perbendaharaan akan melabel Wagner sebagai "pertubuhan utama jenayah rentas sempadan" dan pada minggu depan pentadbiran Presiden Joe Biden bakal mengenakan sekatan ekonomi ke atas organisasi serta rangkaian yang menyokong pertubuhan itu, kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby kepada pemberita pada Jumaat (20 Jan).

"Tindakan ini mengiktiraf ancaman rentas sempadan yang ditimbulkan Wagner termasuk melalui corak aktiviti jenayah serius yang berterusan.

“Mesej kami kepada mana-mana syarikat yang sedang mempertimbangkan untuk memberikan sokongan kepada Wagner ialah: Wagner pertubuhan jenayah yang melakukan kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia,” lapor Agensi Anadolu memetik Encik Kirby.

Menurut penilaian AS, Wagner mempunyai kira-kira 50,000 kakitangan yang ditempatkan di Ukraine.

Firma itu penting kepada Rusia dan didakwa turut  terlibat dalam konflik di seluruh dunia termasuk di Libya, Republik Afrika Tengah dan Mali.
Sumber : Bernama/SU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan